Wednesday, November 5, 2008

keseronokan bekerja

semua orang inginkan keseronokan dalam bekerja tapi bukan semua orang bertuah memperolehi keseronokan itu kan? apa pun saya boleh dianggap bertuah juga kerana bekerja di RTM kerana saya merasa keseronokan bekerja di Tawau Fm. walaupun kadang-kadang beban tugas tu datang berganda-ganda tetapi itu semua perlu dilalui untuk dijadikan pengalaman hidup. Apa yang seronoknya? seronok kerana dapat mencurahkan idea dan kreativiti melalui penyampaian dan penerbitan rancangan untuk disampaikan kepada pendengar sekaligus menjadi ilmu berguna kepada semua. Apa yang seronoknya lagi? seronok kerana saya dapat merapatkan lagi sillaturrahim dengan semua orang dari pelbagai lapisan bangsa dan taraf kedudukan. melalui kerja ini jugalah saya dapat menginjakkan kaki ke tempat yang lebih jauh dan mengenali budaya hidup orang.
Apa pun prinsip bekerja "mengajar dan belajar" perlu di amalkan sampai bila-bila....

No comments: